
Bila jerawat hadir dalam hidup kita, kita akan rasa bimbang dan cepat cepat cari kat google tips. Kan? Jerawat tumbuh bersebab. mungkin sebab korang tak pandai jaga muka atau kesihatan badan tak normal. Jerawat bukannya tumbuh kat muka je kat badan pun ada. Eja ada kat muka dan kat belakang badan. Kat badan tu bukan maksudnya tak reti jaga badan itu cerita lain. Kalau kat badan tu mesti something yang berkaitan dengan your health. Eja guna dua produk je untuk muka eja yang badan tu eja guna kan gel je.


Eja guna Clear Fairness Cleanser dan Active Clear Speed Clearing Gel 2 kali sehari. Pagi dan malam.
Untuk Clear Fairness Cleanser Eja guna selepas mandi dan sebelum tidur.
Cara-cara:-
1. Picitkan sikit kat tapak tangan
2. Gosok dengan air sampai berbuih
3. Urut dengan lembut pada wajah, elakkan kawasan mata
4. Bilas sampai bersih
And your done. Senang je kan ? Harga dia dalam 20 hinggit ke bawah.
Untuk Active Clear Speed Clearing Gel pula, eja gunakkannya selapas saja guna Clear Fairness Cleanser. yang ni berkesan sangat dalam 2 3 hari dia akan hilang ok lah tu kan daripada 1 minggu. Cara dia cuma picitkan kat jari dan tepek kat jerawat tu. Harga dia dalam 10 hinggit je. Mula2 rasa mahal sebab takut tak berkesan tapi bila dah guna banyak kali and ia sangat berkesan berbaloi lah jugak. Sekarang tak tahu lah harga dia berapa tapi tak sampai 15 ringgit lah.
Dua dua produk ni boleh cari kat farmasi. Eja beli kat guardian tak pun watson. Cari je kat site clean and clear tu mesti ade kalau x de habis stok lah tu.
Kalau ada apa apa nak tanya sila tanya di ruang komen ni ye. Terima Kasih kerana sudi membaca :).
patotla flawless......
ReplyDelete